Thursday, 7 February 2013
TAPAI DAN MITOS
PADA zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut, tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah. Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak. Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.
dengan perubahan masa, penyediaan tapai pulut kini telah di titik beratkan dengan pengaplikasian kaedah moden dan saintifik. hasilnya , tapai pulut berkualiti dan sentiasa manis dalam setiap batch mampu dihasilkan. malah melalui kajian dan pembangunan oleh mahasiswa sains tulen universiti teknologi mara mampu memendekkan masa pemeramaman tapai pulut. kaedah ini di pelopori oleh muhammad sukri bin ramli dengan penggunaan bahan bahan bermutu dan ramuan benih ragi yang akan di patenkan. benih ragi yang digunakan dapat mempercepatkan proses penapaian dan memastikan kemanisan bagi setiap pengeluaran. hal ini menjadikan tempahan saat akhir yang sering menjadi masalah kepada pengusaha tapai terhapus. malah,pengusaha tapai pulut mampu menghasilkan tapai yang manis dalam masa pemeraman singkat selama 24 jam sahaja. produk tapai pulut yang telah siap boleh dihantar terus kepada pelanggan dan dijamin manis.
pembuatan tapai menuntut ketelitian yang tinggi bagi mengekalkan rasa manisnya. peralatan dan pekerja yang mengendalikan pembuatan tapai pulut haruslah sangat bersih bagi memastikan hanya bakteria yang baik sahaja yang menjalankan proses penapaian yang akan menghasilkan rasa yang manis. dengan aturan kerja yang terancang dan kejituan dari segi pengawalan suhu mampu menghasilkan tapai yang manis dalam masa singkat.
pantang larang tidak lagi menjadi penghalang setelah usaha kajian dan pembangunan pembuatan tapai pulut berjaya. pengusaha tapai pulut sukriramli menggunakan daun getah sebagai medium pembungkusan tapai pulutnya yang di namakan tapai pulut daun getah. yang menariknya ialah pembungkusan tapai pulut dalam daun getah merupakan sesuatu yang unik dan dapat menarik perhatian mata yang melihatnya. salah seorang pelanggan sukriramli yang berpuas hati berkata tpai pulut daun getah telah menjadi buah mulut di kalangan tetamu,dan pelanggan sangat berpuas hati. selain daun getah,pembungkusan moden di dalam cup atau bekas lutsinar juga di sediakan sesuai untuk majlis majlis di hotel dan dewan.
Tambahnya, sebelum ini tapai aiskrim dan tapai ubi selalu menjadi sebutan. Orang ramai hanya dapat merasa dua perisa tersebut selain daripada perisa asli dan pandan. Bagi memberi kelainan kepada penggemar tapai,TAPAI mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian. Tempahan tapai pulut manis untuk sebarang majlis dan kenduri.
Jadikan majlis anda lebih menarik dengan hidangan manisan tradisional ini.
Tempahan tapai pulut.
Penghantaran bagi tempahan sekitar bandar klang, shah alam, banting,putrajaya,petaling jaya,subang jaya dan sekitar lembah klang.
Tapai pulut daun getah seunit: RM0. 20
Tapai pulut bekas lutsinar seunit:RM0. 70
hubungi : 0147360384/sukriramli Lawati facebook kami: http//:www.facebook.com/tempahantapaipulut
Advertiser: Sukriramli Location: Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia Tags: tempah tapai,tempahan tapai,tempahan tapai pulut,tapai pulut,resipi tapai pulut,pembuatan tapai pulut,tapai pulut daun getah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment